Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 212 - Penilaian Guru Bermula!

Chapter 212 - Penilaian Guru Bermula!

"Senior?"

Mulut tiga orang guru sarjana itu mula menggeletar sambil badan mereka terhuyung- hayang kerana tidak dapat menerima kenyataan.

Ini terlalu mengejutkan.

Mereka baru sahaja berfikir untuk menerimanya sebagai perantis mereka, tiba-tiba dia menjadi senior mereka pula.

Mereka perlu memanggil seseorang yang tidak sampai dua puluh tahun senior?

Ketiga-tiga orang guru sarjana itu berasa pening. Mereka mendapati keadaan ini sangat janggal.

Namun, ekspresi pelik mereka sekadar datang dan hilang dengan sekelip mata. Keterujaan mereka telah mengambil alih pula.

"Adakah ini bermaksud… Yang Shi sanggup menerima kami?"

Liu Ling dan yang lain tiba-tiba menyedari sesuatu. Muka mereka berkedut dengan begitu gembira sambil menggeletar dalam keterujaan, jika seekor lalat sedang hinggap di muka mereka sekarang, sudah pasti ia akan mati dipenyek.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS