"Belajar sekarang?"
Selepas mendengar perkataan Zhang Xuan, Lu Xun, Tian Long dan yang lain mula ketawa terbahak-bahak.
Kamu mesti sedang buat lawak bodoh!
Belajar sekarang? Kamu ingat Jalan Teh ini pekerjaan main-main ke? Kamu ingat kamu mampu menjadi pakar hanya kerana perasaan ingin tahu sahaja?
Ini satu pekerjaan! Jika kamu menghayatinya setiap hari, tanpa usaha beberapa tahun, mustahil untuk kamu mencapai kemajuan di dalamnya. Keinginan kamu untuk lulus dalam ujian ini dengan belajar sekarang… boleh tak kamu merendahkan diri itu sikit?
Tetapi, baik juga. Dengan ini, kamu tidak dapat menunjukkan muka kamu nanti selepas kamu kalah.
Lu Xun menyindir.
Sementara mereka semua sedang sibuk ketawa mendengar ulasan Zhang Xuan, Huang Yu hampir menangis. Dia segera menghantar pesanan telepatik untuk memujuknya, "Kamu tidak boleh bersetuju dengannya! Lu Xun telah belajar Jalan Teh secara khusus dan dia agak berbakat dalam pekerjaan itu…"