Selepas bekerja keras selama dua hari, dia akhirnya berjaya menyelesaikan masalah setiap orang yang telah membayar yuran kemasukan sebelum ini. Akhirnya, dia bebas daripada kerjanya itu.
Kebanyakan daripada mereka telah melawatnya untuk bertanya tentang pertapaan mereka dan ada juga segelintir yang bertanya tentang penyakit mereka. Menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga dan ilmu terkumpul daripada Bilik Koleksi Buku Empayar, dia telah berjaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka semua.
"Penilaian Guru ini dua hari sahaja lagi. Bagaimana dengan pencapaian pelajar saya sekarang ini…"
Sambil meregangkan badannya, Zhang Xuan menyelinap keluar daripada banglonya.
Dia telah sibuk dengan hal ini sejak dua hari lepas. Oleh itu, dia tidak sempat untuk pulang ke akademi. Jika Zhao Ya dan lain tidak mengikuti arahannya, semestinya akan susah untuk mereka dapat menumpaskan pelajar Lu Xun nanti.