Tanpa menyedari impresi Maharaja Shen Zhui dan tiga orang guru sarjana itu terhadap Lu Xun sudah hancur, Lu Xun dan Wang Chao bergegas ke arah kediaman Yang Shi dengan perasaan yang berkobar-kobar.
Mereka sebelum ini telah dicaci dan dihina kerana cuba untuk masuk tanpa memberikan duit. Sekarang mereka mempunyai tiga juta di tangan mereka, tidak ada orang lagi akan berani menghalang mereka!
"Nanti, selepas kita berjumpa dengan Yang Shi, kita akan terus berterus terang. Cakap kita di sini untuk menjadi perantisnya dan kita akan bekerja dengan keras."
Lu Xun berfikir beberapa kemungkinan apabila mereka berjumpa dengan Yang Shi nanti sebelum membuat kesimpulan. "Untuk Liu Shi dan yang lain begitu kagum dengannya, dia mesti sudah mencapai sekurang-kurangnya tahap 2 bintang ataupun lebih tinggi. Jika kita berdolak-dalik dengannya, kemungkinan kita mungkin akan membuat dia marah pula. Jadi, lebih baik kita berterus terang!"