Semasa Zheng Fei masih dalam kekecewaan dengan keadaan tersebut, mulut Liu Ying dan Zhuang Xian terbuka begitu besar sehingga telur itik boleh disumbat ke dalam mulut mereka dengan senang.
Terdapat perbezaan ketara antara Peninju 8-Dan alam Zongshi dan Peninju 7-Dan alam Tongxuan. Tenaga mereka begitu berbeza di mana jika seseorang berjaya mencapai kemajuan, nyawanya akan dipanjangkan dengan mendadak juga.
Seorang pertapa biasa selalunya hanya akan hidup sehingga umur tujuh puluh ke lapan puluh tahun. Namun, untuk mencapai seratus tahun itu tidak menjadi masalah untuk seorang di alam Zongshi.
Ini juga sebab kenapa untuk mencapai kemajuan ke dalam alam ini begitu susah ibarat melompat melompat melepasi gaung.
Melihatkan bagaimana guru sarjana di sini masih tersekat dalam alam Separuh Zongshi, jelas betapa susahnya langkah terakhir ini.