Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 189 - Kaedah Pelik Untuk Merawat Shen Hong (2)

Chapter 189 - Kaedah Pelik Untuk Merawat Shen Hong (2)

"Shen Zhui, apa telah kamu berikan kepada saya?"

Shen Hong akhirnya perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan dia dan mula berteriak dengan marah apabila merasakan nafsu yang tidak terkawal dan kepanasan mengalir di bawah perutnya.

"Itu… ubat perangsang" kata Shen Zhui dengan jujur.

"Ubat perangsang? Kepala otak kamu!" marah Shen Hong.

Dia tidak pernah sangka yang cucunya akan memberinya makan ubat pembangkit syahwat. Adakah kamu cuba bermain-main dengan saya?

Shen Hong berasa sangat marah.

"Tetua Diraja, tolong jangan salahkan saya. Yang Shi yang menyuruh saya untuk berbuat demikian, saya tidak ada pilihan lain…" kata Maharaja Shen Zhui dengan muka yang sedih.

Apabila dia hampir membunuh Tetua Diraja dengan memberinya makan ubat, itu sudah membuatnya trauma. Sekarang, dia dimarahi Shen Hong hanya kerana dia mengikut arahan Yang Shi…

Apa saya buat!

Saya hanya ingin kamu hidup lebih lama!

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS