"Pengsankannya tanpa membunuhnya?"
Maharaja Shen Zhui, Liu Ling dan Zheng Fei memandang satu sama lain dengan perasaan marah.
Bukankah dia di sini untuk menyelamatkan Tetua Diraja?
Kenapa pula kamu mahu dia pengsan?
Bukankah selalunya seseorang menggabungkan zhenqinya, makan ubat, ataupun menggunakan akupuntur untuk menyelamatkan seseorang? Bagaimanakah pengsankan seseorang dapat membantu mereka?
Lidah Zhang Xuan menjadi kelu. Dia merasakan satu kesulitan di punggungnya dan terasa sembelit yang amat sangat.
Walaupun dia telah makan banyak ubat, mukanya masih bengkak akibat dipukul tempoh hari. Walaupun orang ini telah membantunya mencapai kemajuan dan dia betul-betul bersyukur kepada orang ini… tapi bukankah kaedahnya sangat luar biasa?
[Adakah mungkin ini satu lagi kaedah rawatan yang pelik…]
"Terdapat satu jenis serbuk yang boleh pengsankan seseorang dengan sekali hidu…" kata Maharaja Shen Zui.