Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 167 - Sun Qiang yang Angkuh

Chapter 167 - Sun Qiang yang Angkuh

Dong, dong, dong, dong!

Melangkah ke hadapan, Sarjana Yuanyu mula mengetuk pintu kediaman tersebut. Tidak lama kemudian, pintu itu terbuka dan Sun Qiang muncul sambil memegang perut buncitnya dengan megah.

Melihat kumpulan mereka, dia berkata, "Bayar tiga juta dahulu dan tunggu di sini. Tuan saya akan menjemput kamu masuk apabila dia ingin berjumpa dengan kamu."

Sarjana Yuanyu ini terkenal antara golongan atasan dan ramai orang mengenalinya. Namun, orang kecil seperti Sun Qiang ini tidak pernah berpeluang untuk berjumpa dengannya.

Lagipun… dia tidak kisah pun siapa dia.

Tuannya seorang guru sarjana. Walaupun kamu seekor harimau ataupun naga, baik kamu berjaga-jaga dengannya.

"Kof kof…" Sarjana Yuanyu hampir tercekik dek kerana terkejut mendengar perkara itu.

Terdapat tiga orang guru sarjana di belakangnya. Untuk seorang tukang rumah begitu angkuh… dia ini tidak takut dibelasah sehingga mati ke?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS