Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 165 - Diagnosis Tiga Orang Guru Sarjana

Chapter 165 - Diagnosis Tiga Orang Guru Sarjana

Jika Zhang Xuan berada di sini, semestinya dia akan pitam dengan serta merta.

Guru paling terkenal di seluruh Akademi Hongtian itu sebenarnya anak kepada rakan seperjuangannya, Sarjana Lu Chen…

Mungkin sebab Huang Yu sudah terfikir perkara ini akan berlaku, sebab itu dia berasa ragu-ragu untuk memberitahu mereka.

Ayahnya menganggap Zhang Xuan sebagai rakan seperjuangannya, ingin mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka. Namun, anaknya cuba dengan sedaya upaya untuk menghina rakannya… tidak hairan kenapa Sarjana Lu Chen ini akan menjadi begitu marah. Dia sudah boleh dikira sabar untuk tidak meletup di situ juga.

"Saya akan memaksa anak haram itu untuk mengaku kalah sekarang juga…"

Selepas itu, Sarjana Lu Chen berdiri dan terus keluar dengan perasaan yang marah.

Namun, sebelum sempat dia berbuat demikian, tukang rumahnya, Pak Cik Cheng, bergegas masuk.

"Tuan, maharaja telah menghantar seseorang untuk menghantar utusan…"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS