"Tambahan pula, lukisan itu berkait rapat dengan keadaan mental seseorang. Tanpa konsep artistik, tidak kira betapa bagus lukisan seseorang, semuanya akan sia-sia sahaja. Teknik Tarian Dua Naga ini memaksa lukisan itu terpisah dua dan lanjutan daripada itu, membelahkan konsep artistik seseorang… oleh itu, jika kedua-dua belah lukisan itu tidak dapat bertemu dengan sempurna di tengah, susah untuknya mencapai tahap ketiga."
Tidak kira betapa hebatnya tangan kiri dan kanan seseorang melukis pada masa yang sama, seseorang itu tetap sedang membelah lukisan itu menjadi dua. Semestinya konsep artistik seorang pelukis itu akan berkurangan berbanding apabila dia hanya menggunakan satu tangan untuk melukis.
"Berlagak dengan teknik lukisannya, tetapi hilang matlamat sebenar melukis. Hipokrit!" Selepas menjelaskannya, Sarjana Yuanyu menggeleng kepalanya.