Semakin namanya tersebar, 'Sarjana Guru Yang Xuan' mendapat lebih banyak masa untuk berehat.
Walaupun terdapat banyak orang kaya di Bandar Tianxuan, tidak ramai daripada mereka mampu mengeluarkan tiga juta begitu sahaja. Lagipun, jika mengambil kira kedudukan mereka, jika mereka tidak mempunyai masalah di luar kemampuan mereka sendiri, sudah pasti mereka tidak akan berani menganggu seorang guru sarjana.
Selepas Ketua Persatuan Ouyang dan Pakar Perubatan Chen Xiao bertolak, halaman rumah sekali lagi menjadi sunyi.
Selepas berehat untuk seluruh tengah hari dan perasan tidak ada orang akan datang, Zhang Xuan membuang samarannya dan balik ke akademi.
"Cikgu, Puan Muda Huang Yu telah datang untuk mencari kamu dan dia sekarang sedang tunggu di kelas…"
Sebelum sempat dia masuk ke kelas, Yuan Tao sudah berjalan ke depan untuk menjemputnya.
"Untuk perkara apa pula dia datang mencari saya?"