Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 141 - Kamu Ini Binatang

Chapter 141 - Kamu Ini Binatang

Selepas menghalang cubaan Sun Qiang untuk bergelut, Zhang Xuan akhirnya berjaya untuk memengsankannya.

Selepas bersentuhan dengan badan Sun Qiang yang tidak sedar, sesebuah buku dengan segera terjelma dalam minda Zhang Xuan.

Hanya selepas itu Zhang Xuan tahu bagaimana kebolehannya berfungsi,

Untuk mereka yang masih sedar, melaksanakan sesebuah teknik, walaupun teknik itu bukan teknik tinju, sesebuah buku tentang mereka akan terumus. Apabila masa berlalu, isi kandungan buku itu akan secara automatik diperbaharui. Lagipun, seseorang manusia akan sentiasa belajar dan oleh itu, kebolehan dan kelemahannya akan sentiasa berubah.

Sebaliknya, mereka yang tidak sedar pula boleh dikira sebagai objek. Sesebuah buku akan terumus sebaik sahaja dia menyentuh mereka.

Kedua-dua senario ini tidak bercanggah dan perbezaannya jelas dan mudah sahaja. Cuma perlu mengambil kira orang itu sedar ataupun tidak.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS