Bandar Diraja Tianxuan, bahagian dalam kediaman Suku Du.
Seorang lelaki pertengahan tahun berjalan keluar daripada bilik yang bertentangan dengan sebuah tasik, mengambil satu periuk teh sejuk.
Setiap hari selepas makan tengah hari, dia ada sesebuah tabiat… iaitu meminum teh sejuk!
Masa inilah dia akan berasa paling tenang. Dia sudah memberi arahan untuk tidak membenarkan sesiapa pun menganggunya, walaupun orang itu anaknya.
Dia dahulu seorang genius Suku Du Empayar Tianxuan, seorang calon untuk menjadi ketua suku. Namun, sekarang, dia hanya seorang tetua biasa.
Du Miaoxuan, ayah Du Yuan!
Walaupun pertapaannya sudah sudah jauh berkurangan daripada zaman kemuncaknya kerana penyakitnya dan kerana itu puaknya sudah menjadi lemah selepas penindasan beberapa tahun, kehadirannya tetap dihormati orang lain. Tidak ada orang berani mengingkari arahannya. Tidak akan ada orang yang berani mengganggu masa tenangnya.