Tanpa menghiraukan Ling Tianyu di luar, Zhang Xuan sambung berusaha untuk membuka akupoin Pixuenya.
Selepas bekerja sepanjang malam, dia berjaya membuka tiga puluh akupoin lagi sekali gus. Secara keseluruhannya, dia sudah membuka lebih daripada lima puluh akupoinnya.
Zhenqinya sudah mencapai kekuatan 70 ding.
Bersama dengan kekuatan 90 ding daripada badannya, dia mempunyai kekuatan sebanyak 160 ding. Bukan sahaja pakar alam Pixue, malah pakar alam Tongxuan pun bukan lawannya.
Dalam alam Tongxuan, seorang akan membuka meridian Tongxuan terpenting dalam badan mereka, membenarkan mereka mengeluarkan kekuatan penuh mereka. Pada tahap asas, seorang akan mempunyai kekuatan 100 ding. Pada tahan sederhana, 200 ding dan apabila sampai ke puncak alam Tongxuan, seorang akan mempunyai kekuatan 400 ding.
Pada tahap ini, Zhang Xuan mempunyai kekuatan sebanyak 160 ding, kekuatan itu lebih tinggi daripada seorang di tahap alam Tongxuan asas.