Senyap!
Pusat perdagangan yang tadinya hingar bingar sekarang senyap sunyi.
Betul ke ini?
Saya sedang berkhayal ke?
Orang ini bukan sahaja menghancurkan tugu singa kesayangan Tuan Ling, malah dia menyumpah seluruh keluarganya?
Tidakkah dia ini terlalu berani…
Sun Qiang berundur beberapa langkah, cuma hampir sahaja menahan dirinya daripada melarikan diri.
[Tuan, kamu ini seorang guru sarjana! Kamu sengaja ingin mengenakan saya ke?
Tuan Ling ini tidak tahu kamu ini siapa, kamu boleh dengan senang melarikan diri sahaja. Namun, seluruh keluarga saya tinggal dalam Empayar Tianxuan…]
"Apa kamu cakap?"
Dia sejak dari tadi sudah menahan kemarahannya. Selepas mendengar perkataan orang ini, Ling Tianyu hampir meletup di situ juga.