Jika seseorang mengetahui apa yang Zhang Xuan sedang berfikir masa itu, mereka sudah pasti akan ingin mencekiknya.
Kamu menyamar seorang guru sarjana dan sekarang mengeluh betapa susahnya? Baik kamu pergi membunuh diri kamu boleh tak…
Selepas Sun Qiang bertolak, Zhang Xuan tidak berada dalam banglo itu untuk jangka masa panjang. Selepas dia sampai ke biliknya, matahari sudah mula terbenam.
Kelas pagi tadi, Perdebatan Pil, pencarian untuk pejabat operasinya dan penyamaran sebagai seorang pakar. Dia berasa begitu penat selepas melalui bermacam-macam perkara hari ini.
Asalnya, dia merancang untuk menyelidik tentang alam selepas alam Pixue, namun, tanpa dia menyedari, dia telah terlena sekejap selepas dia baring di atas katilnya. Apabila dia bangun, hari sudah pagi.
Selepas masuk ke kelasnya, dia perasan anak muridnya sudah lama menunggunya.
Dia meneliti setiap satu kondisi mereka dan mengangguk kepalanya dalam kepuasan.