Yang lain mungkin tidak menyedari kasih yang dipendam Zhang Xuan buat para pelajarnya, tetapi semenjak Sun Qiang sudah mengekori lelaki ini dari Kerajaan Tianxuan lagi, dia memang sudah masak benar dengan hal ini.
Demi Lu Chong, Zhang Xuan sanggup menghadapi seluruh Empayar Terbawah berseorangan. Demi Zhao Ya dan Wang Ying, pemuda itu sanggup mengancam pengaruh kuasa yang telah mengambil mereka. Demi Wei Ruyan, dia sanggup meletakkan dirinya dalam bahaya.
Boleh dikatakan yang Zhang Xuan sanggup melakukan apa sahaja di dalam dunia ini demi pelajarnya!
Jika sesuatu benar-benar berlaku kepada Liu Yang, dia sudah boleh membayangkan bagaimana Zhang Xuan akan terus merempuh istana diraja Qingyuan untuk memulakan kekecohan. Pemuda itu sama sekali tidak akan berhenti sehinggalah dia menerbalikkan seluruh istana!
"Apa yang patut saya lakukan?" Sun Qiang berkerut gelisah.