"Bagus!"
Zhang Xuan menurunkan Seni Agung Iblis Batin dengan pantas kepada 'Luo Ruoxin' sebelum mengarahkan, "Baik, kembali kepada rupa kamu yang asal."
"Baik, Guru!" Bayang-bayang 'Luo Ruoxin' pudar sebelum kembali kepada rupa iblis batin. Dirinya menghasilkan satu aura iblis yang nampaknya boleh mengelirukan minda seseorang dengan hanya pandangannya.
"Siapa nama kamu?" Zhang Xuan bertanya.
"Nama saya? Saya baru sahaja dilahirkan sebentar tadi dari fikiran kamu, jadi saya masih belum ada nama," iblis batin itu membalas dengan malu-malu.
"Begitu. Kalau begitu, apa kata saya namakan kamu? Bagi saya fikirkannya dulu…" Zhang Xuan memikirkannya seketika. "Baik, saya akan panggil kamu Ibliseh!"
"Guru, terima kasih kerana beri saya nama ini!" Ibliseh membalas dengan girang.
Ibliseh, Ibliseh… Sedap nama yang gurunya telah berikan kepadanya.
"Baiklah, kamu boleh keluar sekarang!"