"Ini…" Wu shi cepat-cepat berpaling memandang pulau tersebut.
Walaupun dia merupakan naib ketua Pavilion Guru Sarjana Empayar Qingyuan, ini kali pertama dia melihat Gua Penunggu yang kerap disebut-sebut itu.
Ia merupakan sebuah pulau kecil dengan diameter lebih kurang tiga kilometer. Di tengah-tengahnya, ada sebuah tasik berbentuk mata, tetapi mustahil untuk sesiapa menganggar kedalamannya dengan hanya melihat permukaannya. Batu-batu berbentuk aneh berselerak di seluruh pulau tersebut.
Walaupun pulau itu timbul dari dalam paya, ia seolah-olah dilindungi satu kuasa penuh misteri yang menghalang lumpur sepenuhnya daripada terkena pada tanahnya. Sebaliknya, terdapat tumbuh-tumbuhan renek yang segar yang memenuhi tanahnya.
Suara menakutkan itu kedengaran sekali lagi. "Kalau kamu mahu bunuh aku, datanglah ke sini! Aku akan bersembunyi di dalam ini. Ambillah masa untuk cari aku; Aku tak ke mana-mana…"