Terdapat beberapa orang lelaki sedang berkumpul di sebuah meja di satu bahagian tavern di pinggir Bandar Qingyuan. Tetapi, mata mereka asyik melirik ke kediaman yang hampir dengan gerai tersebut dari semasa ke semasa.
Wu shi menghantar sebuah mesej telepati kepada Zhang Xuan. "Pengetua Zhang, di situlah kediaman Chen Zhe…"
Sebaik sahaja tiba waktu malam, mereka terus menuju ke sana. Melalui perancangan sulit yang telah dirancang lebih awal di Pavillion Guru Sarjana, tiada sesiapa di situ yang perasan akan kehadiran mereka.
"Un."
Zhang Xuan melanjutkan Persepsi Rohnya ke arah kediaman itu untuk melihat dalamannya.