Walaupun seorang guru sepatutnya mendidik orang lain tanpa diskriminasi, Ketua Pavilion Gou telah benar-benar melepasi had kesabaran Zhang Xuan. Disebabkan kepentingan diri sendirinya, dia telah memilih untuk mengabaikan kebenaran dan memilih untuk berpihak kepada Naib Ketua Pavilion Tian. Semakin berkuasa seseorang sepertinya, semakin besar ancamannya kepada manusia sejagat.
Jadi, apa mungkinkah dia mengajar Seni Tapak Tangan Suram Unggul Iblis Kayangan Pendeta Purba Qiu Wu kepadanya?
Zhang Xuan seorang yang baik hati dan pemurah, tetapi itu tidak bermaksud dia tidak peka dan naif.
Dia tahu menilai siapa yang patut dia terima sebagai pelajarnya dan siapa yang tidak patut diterimanya.
"Maafkan saya, saya begitu taksub…" raut wajah Ketua Pavilion Gou menjadi suram kerana kecewa.
Baru seketika tadi dia telah memaksa lawannya itu mencabar Pavilion Guru Sarjana mereka, jadi kenapa pula lawannya itu ingin mengajar teknik pertarungannya kepadanya?