Di dalam Dewan Penilai…
"Macam mana? Ubat saya agak berkesan, bukan?"
Di dalam ruang istirahat, Tertua Qi sedang bercakap dengan seorang lelaki muda di hadapannya sambil tersenyum.
Lelaki muda yang sedang melihat dirinya di dalam cermin dan mendapati penampilan menawannya telah pulih kembali itu menghela nafas lega lalu menggenggam penumbuknya. "Tertua Qi, terima kasih atas bantuan kamu. Jika bukan kerana bantuan kamu, siapalah yang tahu berapa lama lagi yang saya perlukan untuk pulih!"
"Tak perlu begitu formal. Ia tanggungjawab saya sebagai seorang doktor untuk membantu sesiapa yang memerlukan bantuan," Tertua Qi membalas dengan lembut.