Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 1173 - Memasuki Istana Qiu Wu

Chapter 1173 - Memasuki Istana Qiu Wu

Luo Chengxin telah bercakap tentang genius Suku Zhang seakan-akan bercakap tentang makhluk yang mempunyai kuasa mutlak dalam dunia ini. Tetapi sebagai seorang yang mempunyai Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan yakin dia akan dapat mengalahkan sesiapa sahaja jika dia mempunyai masa.

Malah, dia akan sanggup berbuat demikian hanya kerana membuatkan Luo Ruoxin melalui begitu banyak kesengsaraan dalam beberapa tahun kebelakangan ini!

Sesiapa sahaja yang berani menyentuh perempuan saya bakal berdepan dengan kemarahan saya!

Merasai niat membunuh dalam mata Yang shi, Luo Chengxin mula menggeletar sekali lagi. Dengan nada penuh berwaspada, dia bertanya, "Yang shi, memandangkan Zhang shi itu merupakan pelajar kamu, saya tak akan mengacau kamu lagi. Saya minta diri dahulu…"

Jika dia tahu yang Yang shi telah tinggalkan cebisan rohnya dalam badan pemuda tersebut, sudah pasti dia tidak akan berani datang dan mengancam pemuda tersebut…

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS