Orang Tua Tanpa Kehibaan bagaikan mempunyai fahaman yang jelas mengenai pemandangan ini dan ia jelas dipaparkan di dalam lukisannya juga. Walaupun Zhang Xuan berada di dalam sebuah dunia lukisan, tetapi kawasan di mana berdirinya kelibat Kong shi dipenuhi dengan butiran-butiran yang rumit.
Tidak lama kemudian, Zhang Xuan tiba ke destinasinya.
Di hadapannya terdapat sebuah rekahan besar dengan batu-batuan putih yang berselerak di serata kawasan.
Batu-batu tersebut bagaikan diperbuat daripada bahan aneh yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
Zhang Xuan baru sahaja ingin memasuki rekahan untuk melihat kandungan dalam rekahan tersebut semasa kelibat Kong shi tiba-tiba berkedip dan dengan bunyi mendesis, lelaki itu menghilang dari pandangan.
Tak guna… Wajah Zhang Xuan berubah kelam.
Dia menyangka kelibat Kong shi itu sekurang-kurangnya akan berada di situ dengan lebih lama, tetapi nampaknya sangkaan Zhang Xuan tersilap.