Tanpa meneliti lukisan ini dengan lebih cermat, sesiapa sahaja akan menatap lukisan ini bagaikan sedang merenung pemandangan di luar jendela, agak jauh tetapi masih jelas ketara. Melalui Mata Pemahaman, Zhang Xuan dapat menilik butiran-butiran lukisan dengan jauh lebih dekat dan hairannya, dia malah dapat melihat setiap helaian daun di dalam lukisan itu dengan jelas.
Lukisan ini nampak sungguh nyata! Zhang Xuan terkesima.
Malah kepada dirinya juga lukisan ini tampak nyata. Ini memang menakjubkan. Sekiranya seseorang menggantung lukisan ini pada dinding, mereka yang berlalu-lalang pasti tidak akan tersedar ia adalah sebuah lukisan. Sebaliknya, mereka pasti menyangka ini ialah sebuah tingkap sebenar.
Zhang Xuan memeriksa lukisan dari atas ke bawah dan sebuah kerutan terukir pada dahinya. Tetapi… lukisan ini tak nampak seperti ia mempunyai sebarang lindungan?