Walaupun orang di depan mereka hanya mendedahkan kelemahan dan kesalahan dalam teknik penempaan ketiga-tiga pakar perubatan sebelum ini, kebolehannya telah berjaya membuatkan pakar perubatan yang tinggal berasa takut dengannya.
Bukan mereka sahaja, malah dengan ketangkasan Cheng Jiang… mengambil kira masa pendek dia memerlukan untuk menempa sesebuah pil… jelas dilihat oleh Zhang Xua. Bukan sahaja dia dapat melihat pergerakan tersebut, malah dapat menganalisa keluar sumber tekniknya, serta fakta tentang bagaimana ia telah dicuri dan digabung olehnya…
Kebolehannya untuk menganalisa dan ilmunya betul-betul tidak dapat ditandingi seorang manusia biasa.
"Tiga pakar perubatan sudah mengaku kalah, tujuh lagi. Siapa ingin cuba dahulu?"
Melihat kediaman mereka semua, Zhang Xuan hanya mampu menatap mereka dengan sabar.
Perdebatan Pil ini memerlukan kesemua pakar perubatan di situ mengaku kalah kepadanya sebelum Zhang Xuan boleh diiktirafkan sebagai pemenang.