Hualala!
Melodi nyaring teh yang dituang ke dalam cawan itu memenuhi kesunyian bilik.
Ketua Dewan Xing meletakkan teko teh yang di dalam genggamannya itu ke atas meja sebelum menghulurkan secawan kepada Tertua Qi.
Tertua Qi menghirup teh dan matanya segera menyala terang. "Sedap teh ini! Patutlah ia berharga mahal. Kualitinya memang berbaloi!"
Ketua Dewan Xing telah membeli daun teh Bunga Awan Berkabus ini khusus daripada Empayar Hongyuan. Dahulu, dia menyangka harganya agak terlalu mahal dan dia hanya bercadang untuk mencubanya. Tetapi, sebaik sahaja menghirup teh ini, dia tersedar kualitinya memang berbaloi.
"Teh ini memang sedap, kan?" Ketua Dewan Xing mengangguk bersetuju sambil menghirup tehnya.
Setelah bekerja keras semenjak tiga hari yang lalu, dia berjaya mengukuhkan pertapaannya, mendorong keadaan minda dan Roh Asalnya ke tahap yang lebih tinggi.