Shi Hao telah meluangkan selama dua puluh tahun di tahap Santo puncak 1-dan sebelum dapat menjana sebegitu banyak kuasa. Dia menyangka lelaki itu pasti sudah meluangkan sekurang-kurangnya berpuluh-puluh tahun di tahap Santo 1-dan semenjak dia merintih dia sudah lama berada di alam tersebut, tetapi siapa sangka…
Sebulan…
Sebulan…
Lama kepala otak kau!
Kamu dapat mengukuhkan pertapaan kamu sehingga begitu sekali dalam masa yang singkat, tetapi kamu masih mengatakan kamu sudah lama berada di alam ini… Kamu akan mati ke sekiranya kamu tak bercakap bongkak?
Shi Hao dapat berasa kecemuhan di hatinya bertambah tinggi.
Mereka yang lain juga mempunyai riaksi wajah yang sama. Kalaulah mereka cukup berkuasa, sudah lama mereka menyerbu untuk membelasah lelaki ini.
Lelaki itu memang meminta untuk dibelasah!
Kamu merungut yang sebulan itu terlalu lama, malah merintih dia tidak akan dapat menghadapi para pelajarnya…