"Saya telah tersalah faham terhadap kamu. Tolong maafkan saya," Ketua Dewan Xing berkata sambil tunduk.
Tanpa mengambil kira perkara lain lagi, jika pemuda ini benar-benar ingin membunuhnya, kenapa perlu dia bersusah payah sangat menolong dia menutup jurang dalam Roh asalnya? Tidak perlu langsung untuknya berbuat demikian.
Tambahan pula, sama seperti apa yang pemuda itu cakap sebelum ini, jika pemuda itu ingin membunuhnya, daripada bagaimana dia mempunyai kawalan begitu mutlak terhadap semua formasi di situ, membunuh mereka itu seperti kacang putih sahaja. Tidak perlu untuknya membuang masa cakap begitu banyak.
Untuk berfikir yang dia, sebagai Ketua Dewan Pakar Tinju akan cuba membunuh seorang yang ikhlas cuba menolongnya… perasaan bersalah sekarang sedang menghancurkan hatinya, membuatkan dia berasa sesak nafas.