Pu!
Dia ingat orang ini akan cakap tentang beberapa teori untuk meyakininya. Namun, selepas mendengar ulasannya, Pakar Perubatan Chen Xiao hampir muntah darah.
[Cuma kerana saya tidak makan dan tidur dengan baik, kamu cakap saya ini dekat pintu maut? Kepala otak kamu yang akan menemui ajal! Haram jadah punya orang!...]
Bukan dia sahaja, malah pakar perubatan lain menjeling dia dengan muka marah.
Pakar Perubatan Cheng Xiao ini seorang berpengaruh dalam kalangan pakar perubatan dan kesemua mereka semamangnya menghormatinya. Namun, budak ini berani menyumpah dia secara terang-terangan.
[Kamu berani lagi mengarut?]