Seperti apa Zhang Xuan cakap, Meng Yan ini sedang menyembunyikan perasaan tidak puas hati dan niat membunuh di dalam hatinya.
Dia juga baru sahaja dikhianati oleh rakan akrabnya.
Cuma, ini baru berlaku pagi tadi. Dia ingat pada masa ini. Kemarahannya sudah akan lama hilang dan tidak menjangkakan kesemua emosi ini akan bergabung dengan pil tempaannya dia.
Namun… bagaimana mungkin dia dapat tahu?
Melalui pil tempaan dia?
"Adakah ini benar?"
"Ini…. "
Selepas melihat ekspresi Meng Yan, orang paling bodoh pun akan tahu apa Zhang Xuan cakap itu benar.
Mereka menukar pandangan sesama sendiri tanpa percaya apa sedang berlaku.
[Bukan sahaja dia mampu mengetahui niat pembunuhannya melalui penempaan pilnya, malah dia dapat dapat tahu bahawa Meng Yan telah dikhianati oleh seorang rakan karib. Kamu… kamu ini perantis pakar perubatan ataupun tukang tilik?]