Yang Terulung Wang merupakan pakar racun bintang 9 seperti mereka. Jika diabaikan kecekapannya dari segi racun, pertapaannya sendiri telah mencapai tahap yang mengagumkan. Dia telah dihancurkan dengan hanya satu serangan tanpa memberi peluang langsung untuk Roh Asalnya melarikan diri… itu menunjukkan gadis muda itu mampu melakukan benda yang sama ke atas mereka.
Badan Racun Semula Jadi, Resam Tubuh Jiwa Racun dan kekuatan yang dahsyat… Memang tidak boleh disangkal lagi yang gadis di hadapan mereka ialah pengasas!
Bukan sahaja Shen Jue dan Yang Terulung He yang melutut ketakutan, semua pakar racun yang berkumpul di situ turut melutut kerana tidak berani menunjukkan walau secebis kebiadaban kepada gadis di hadapan mereka.
Gadis muda itu berkata dengan dingin. "Saya tidak mahu sesiapa meragui saya lagi. Jika ada yang cuba mengkhianati saya, ketahuilah kamu akan menerima nasib yang sama seperti Yang Terulung Wang!"