Memang sudah disebut yang kelayakan untuk menjadi Santo Cakerawala ialah Guru Sarjana Cakerawala dahulu.
Tetapi selain dari Kong shi, tiada seorang pun di seluruh Benua Guru Sarjana ini yang berjaya meraih pengiktirafan kayangan dan diaungerahkan sebagai Guru Sarjana Cakerawala. Oleh itu, mereka menyangka itu semua angan-angan belaka, satu kesudahan yang tidak mungkin akan tercapai. Jadi, apabila mereka dapat merasakan aura pemuda di hadapan terpancar jelas, mereka termenung jauh.
Zhang shi sebenarnya… seorang Guru Sarjana Cakerawala?
Penolong Pengetua Ji Yan bukan seorang sahaja yang beranggapan sebegitu. Selain daripada Luo Ruoxin, ahli pasukan yang lain juga mendapati mulut mereka sudah ternganga luas terkejut bagaikan mereka baru ternampak hantu.
Mereka tahu Zhang Xuan merupakan seseorang yang mempunyai bakat yang unggul dan juga mempunyai kemampuan kepimpinan yang hebat, tetapi siapa sangka dia sebenarnya Guru Sarjana Cakerawala sebenar?