Sebenarnya, Zhang Xuan juga sedang kepiluan pada saat ini.
Dia langsung tidak menyangka dia akan terserempak dengan Raja Daun Langit.
Dengan tangannya yang masih tersekat di dalam rintangan, dia tidak dapat melarikan diri walaupun jika dia mahu. Ia semamngnya sebuah situasi yang janggal.
"Yo?" Mendengar ucapan aneh lelaki itu, Raja Daun Langit terkesima.
Sebaik sahaja melihat kehadirannya, bukan sahaja lelaki itu tidak melarikan diri akibat takut, tetapi dia juga telah mengatakan sesuatu yang amat aneh kepadanya. Kekarutan kejadian ini sememangnya membuatkan dia terkesima. Akan tetapi, dia dapat tersedar dalam sekelip mata. "Kau terperangkap dalam rintangan? Hahaha! Nampaknya kayangan sedang menyebelahiku!"
Bukan sahaja pemuda ini telah merosakkan rancangannya, tetapi dia juga telah memalukannya, raja pertama dalam kalangan Raja Keturunan Qingtian! Semenjak dari saat itu, dia sudah berniat untuk membalas dendam.