"Menghilang… selepas tersinggung? Apa maksud Wu shi?" Penolong Pengetua Ji Yan dan Tan Qing terkesima, tidak dapat memproses apa yang baru didengari mereka.
Sekiranya lelaki itu mengatakan mereka termasuk pintu yang salah atau mereka tidak mengaktifkan mekanisma untuk menghasilkan kehadiran sembilan pintu, Penolong Pengetua Ji Yan dan Tan Qing masih boleh memahaminya. Tapi… jiwa Pendeta Purba Qiu Wu telah menghilang kerana telah dilukai…
Mengapakah ia kedengaran terlalu mendalam sehingga mereka tidak dapat memahami maksud di sebalik ungkapan tersebut?
Boleh tak saya minta agar kalian beri penjelasan?
Wajah Wu shi segera berubah merah padam sebaik sahaja menyedari kehairanan pada wajah kedua-dua lelaki di hadapannya. Dia memang tidak tahu cara untuk menjelaskan perihal itu kepada mereka, jadi dia berpaling ke Ketua Persatuan Han untuk bantuan. "Saya rasa lebih baik awak ceritakannya…"