Setiap formasi terikat untuk mempunyai sekurang-kurangnya lapan pintu: Pintu Asal, Pintu Hibernasi, Pintu Nyawa, Pintu Kerosakan, Pintu Panorama, Pintu Maut, Pintu Tertutup dan Pintu Ketakutan.
Bergantung pada pintu mana yang seseorang temui, orang itu akan menghadapi nasib yang berbeza. Mungkin ia akan hidup, mungkin ia akan mati, mungkin ia akan melarikan diri, mungkin ia akan menjadi pengurungan kekal.
Satu langkah yang salah boleh bermaksud kepada pengakhiran.
Disebabkan perkara inilah yang membuatkan hanya sedikit sahaja yang berani untuk bertindak secara melulu dalam sesebuah formasi. Jika tidak, satu langkah yang salah dan mereka akan menghadapi pengurungan atau bahkan, kematian!
Pada saat ini, terdapat sembilan pintu di hadapan mereka. Ia tidak selaras sepenuhnya dengan Lapan Pintu tetapi ia pasti terikat dengan peraturan yang sama. Jadi, mereka tidak berani untuk masuk ke mana-mana pintu secara meluru.