Setelah dibelasah dengan sangat teruk, adakah mungkin Jiang Yuan dapat mengawal dirinya selepas mengetahui siapa yang melakukannya? Tanpa langsung teragak-agak, dia menerpa ke arah Feng Xun.
Memang benar Feng Xun melakukannya pada saat kecemasan, tetapi Jiang Yuan tetap gagal mengawal kemarahan dan keinginannya untuk membalas dendam!
Jiang Yuan berjaya melepasi had ke dunia Roh Asal, jadi sudah tentu Feng Xun bukan tandingannya. Akhirnya, dia telah dibelasah dengan kejam. Setelah gagal menghadapinya lagi, dia cepat-cepat memandang yang lain-lain untuk meminta pertolongan.
"Pengetua Zhang, Wu shi, selamatkan saya!"
Namun, Wu shi, Zhang Xuan, dan yang lain-lain hanya mengalihkan pandangan mereka seolah-olah mereka langsung tidak mendengar rayuannya itu.
"Formasi ini memang sukar untuk ditafsir!"
"Betul. Kalau kita berjaya cari cara mentafsirnya, kita akan dapat keluar dari sini."
"Bukankah cuaca hari ini indah?"