Raja Daun Langit berkata. "Kamu memang seorang yang bijak. Dalam masa yang sangat singkat, kamu berjaya mengesan kelemahan saya."
Baru separuh dia berkata-kata, Feng Xun tiba-tiba menghentak belakang kepala Jiang Yuan kerana dia begitu teruja. Roh Asal Raja Daun Langit tiba-tiba tersentak dengan kuat dan hampir jatuh ke atas lantai.
"Saya tak mungkin terlepas pandang tentangnya. Dalam keadaan biasa, mustahil bagi kamu lakukan teknik pertarungan hos asal itu, tapi kamu masih berjaya lakukannya. Maksudnya, kamu hanya berjaya mendominasi roh Pakar Tinju Jiang untuk sementara waktu dan bukannya padamkan rohnya sepenuhnya. Daripada itu, saya dapat menjangka kekuatan kamu sekarang sangat terhad," ujar Zhang Xuan.
"Begitu. Bagaimana saya boleh terlepas pandang tentangnya?" mata Ketua Persatuan Han bersinar-sinar sementara satu idea terlintas di fikirannya.
"Apa yang sedang terjadi?" Wu shi bertanya dalam kekeliruan.