Sebaik sahaja mereka merawat ahli-ahli ekspedisi yang tercedera, muzik iblis berkumandang sekali lagi. Kali ini, ziter tersebut mendendangkan sebuah melodi menggoda yang mampu memikat minda sesiapa sahaja yang mendengar sehingga dia menjadi gila.
"Tak guna, ini sejenis Muzik Godaan…" Wajah Zhang bertambah sugul.
Seperti formasi, muzik iblis boleh dibahagikan kepada beberapa kategori juga. Muzik Godaan, Muzik Ilusi, Muzik Suram, Muzik Sumbang… Di antara semua kategori tersebut, Muzik Godaanlah melodi yang paling digeruni ramai disebabkan oleh keupayaannya untuk mengawal minda orang lain.
Dari segi lain, fungsinya sama seperti Perkongsian Niat Syurga. Sekiranya seorang pertapa terpukau olehnya, mereka barangkali boleh melakukan sesuatu di luar kawalan mereka… dan ini termasuk mencederakan diri sendiri malah membunuh diri!