Kekuatan ledakan tersebut teramat kuat, seperti tsunami yang mengamuk, sebelum Zhang Xuan dapat buat apa-apa pun, ia sudah berada di depannya.
Dengan cepat dia berpaling ke belakang untuk cabut, namun, sebaik sahaja dia berbuat demikian, tenaga ganas tersebut telah memotong terus melalui lahar tersebut, paling bawah sekali, barisan demi barisan bangunan telah dapat dilihat. Pada saat itu juga, Zhang Xuan terasa seperti dia sedang berkhayal.
Ia memang di bawah lahar tersebut. Sebelum Zhang Xuan dapat berfikir apa-apa pun, dia dapat rasa tekanan melampau sedang terhempas padanya. Kerana tidak dapat menahan ia lagi, dia akhirnya dihanyut ke atas.
Hong long!
Selepas itu, dia telah nampak Kawah Asal Emas yang sekarang juga sedang dihanyut oleh tenaga ganas tersebut, menembak ia terus keluar daripada kolam lahar tersebut lalu terhempas pada dinding cahaya di atas.