"Hu! Akhirnya siap juga!"
Zhang Xuan telah membelek buku semenjak tengah hari tadi, sekarang pula sudah sampai agak-agak jam sepuluh malam. Kerana akhirnya dia habis kerjanya di situ, dia menghembuskan keluhan lega.
Terdapat pelbagai buku dalam bilik simpanan buku tahap asas, mereka semua berkait dengan penempaan pil. Walaupun tahap pertapaannya sudah meningkat dengan mendadak, membelek melalui kesemua buku tersebut tetap membuatnya letih.
Selepas membelek melalui kesemua buku di bilik tersebut, dia mengesahkan tidak terdapat buku berkait dengan keadaan badan unik.
Oleh itu, dia tidak dapat mencari sebarang jawapan kepada persoalannya.
Maksudnya, dia tetap perlu menjadi seorang pakar perubatan dahulu untuk mendapat kelayakan membaca buku di bilik simpanan buku tahap maju demi mencapai niatnya.
"Ilmu ini sepatutnya sudah memadai untuk peperiksaan pakar perubatan nanti!"