Wanita tersebut bagaikan sudah termenung jauh sehingga langsung tidak tersedar apabila Zhang Xuan melangkah ke arahnya. Sang bulan yang indah memancar cahaya putih pada tubuh wanita tersebut, membuatkan dia kelihatan seakan-akan bidadari awang-gemawang yang mampu terbang pada saat seterusnya.
"Sampai termenung sebegitu, apa yang awak fikirkan?" Zhang Xuan bertanya dengan sebuah senyuman.
"Tak ada apa pun…" Sebaik sahaja tersedar daripada menungannya, Luo Ruoxin menggeleng kepala. Dia lantas berdiri dan mendongak untuk melihat bulan yang bersinar indah di atas sebelum bertanya, "Boleh tak awak temankan saya berjalan-jalan di luar?"
Zhang Xuan berasa agak terperanjat atas permintaan tersebut buat seketika sebelum kegembiraan terpampang pada wajahnya. Tanpa segan-silu, dia membalas teruja, "Sudah tentulah, dengan senang hati juga!"