Sinaran matahari dari langit terik memancar bumi di bawah bersama hembusan bayu yang membuai pepohon di tanah.
Setelah terbang buat sepuluh hari di atas Binatang Helios Byzantium, pemandangan Bandar Hongyuan perlahan-lahan memenuhi penglihatan Zhang Xuan.
Dalam masa sepuluh hari itu, Zhang Xuan telah berjaya memahami ilmu yang dipelajari dari Dewan Racun dan menggabungkannya dengan teknik pertempuran milik pemuda itu. Pada masa yang sama, dia juga telah melakukan pertapaan Penguraian Pertabalan Santo hingga puncaknya, hanya beberapa langkah sahaja lagi sebelum mencapai peningkatan ke alam Santo.
Namun, malang benar Intipati Jed Bumi Tujuh Warna itu tidak dapat ditemui di mana-mana pada saat ini, kalau tidak dia pasti sudah dapat mencapai peningkatannya lama dahulu.
Aku patut menyuruh Sun Qiang supaya mencarinya…