Ia mungkin akan kedengaran rumit, tetapi pasti tidak sukar untuk meneka turutan kejadian yang berlaku setelah mereka mempelajari identiti pihak lawan.
Sementara Zhang Xuan sedang berbincang dengan Raja Daun Ungu, Roh Asal Pakar Racun Bai kembali ke dalam tubuh fizikalnya sebelum melangkah ke arah Raja Daun Bumi. Dia menyentak jarinya sebelum sejenis racun unik mengalir ke dalam tubuh musuhnya itu.
Setelah itu, dia menyoal dengan wajah yang dingin tanpa sedikit pun kemesraan, "Siapa hantar kau ke sini?"
"Teruk ini!"
Sebaik sahaja melihat yang Pakar Racun Bai sedang menyoal-siasat Raja Daun Bumi, wajah Zhang Xuan segera diulit kengerian dan pemuda itu lantas meluru ke hadapan untuk menghalang lelaki itu. Akan tetapi, segalanya sudah terlalu lambat. Raja Daun Bumi yang sudah terperangkap lantas mengunci rahangnya ketat. Wajahnya pula serta-merta bertukar kemerahan.