Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 1002 - Tidak Dapat Didamaikan

Chapter 1002 - Tidak Dapat Didamaikan

Diri Zhang Xuan meluap-luap dengan kemarahan.

Di manakah dia? Dewan Racun!

Sebuah tempat yang terpencil dari dunia luar dan penuh dengan pakar-pakar racun yang tidak terhitung ramainya... Bukankah ia sepatutnya menjadi tempat yang sangat aman yang mana semua orang rajin berusaha untuk mencipta racun terbaik yang boleh mereka hasilkan?

'Dang lang!', 'Hong long!', 'Boom!'... Apa sebenarnya bunyi-bunyi itu? Bukannya mereka ini sejenis syarikat perobohan...

Apa yang dia mahukan adalah sedikit ketenangan supaya dia dapat selesai membaca semua buku itu sekali gus... Namun,dengan bunyi-bunyi bising seperti itu, bagaimanakah dia patut melakukannya?

Sesungguhnya, adakah para pakar racun ini tidak tahu apa-apa mengenai peradaban langsung?

Itu benar-benar terlalu melampau!

Dia benar-benar perlu bercakap dengan Tertua Xu mengenai perkara ini supaya tertua itu boleh menguat kuasakan beberapa peraturan di sini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS