Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 873 - Hidangan di dalam Istana

Chapter 873 - Hidangan di dalam Istana

Rantaian itu bergegar melangkaui jangkaan Bu Fang.

Bu Fang tidak menyangka seseorang akan muncul di rantaian kosong ini.

Lelaki itu seperti ingin menghalangnya dari menuju ke istana tembaga.

Bu Fang berkerut. Pandangannya jatuh ke arah kelibat yang baru sahaja muncul di atas rantaian itu.

Rantain bergegar dengan lebih hebat dan membuatkannya berada dalam keadaan sukar. Dia takut dia akan terjatuh ke dalam tasik merah darah itu jika dia cuai.

Itu adalah bayang-bayang yang tersembunyi di sebalik mantel hitam. Bayang-bayang itu kelihatan tua dan selekeh dengan kelepet pakaian yang terkoyak.

Memandangkan kelibat itu tersembunyi di sebalik mantel hitam, Bu Fang tidak dapat melihat bentuknya.

Tiba-tiba...

Bayang-bayang tersebut mengangkat kepalanya dan ketawa dengan menakutkan.

Dia kelihatan seperti berpuas hati.

Gelak tawanya menjengkelkan Bu Fang.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS