Bagi Bu Fang dan Yan Yu, membalut ladu bukanlah sesuatu yang sukar.
Mereka berdua melakukan pergerakan yang sama. Walau bagaimanapun, pergerakan Yan Yu kelihatan lebih teratur berbanding Bu Fang.
Pergerakan Bu Fang tidak pantas, tetapi apabila orang ramai menyaksikan Bu Fang membalut ladunya, mereka sangat terharu dan gembira. Mereka seolah-olah sedang melihat seseorang menghasilkan karya seni. Ketenangan menyelubungi hati mereka.
Pergerakan Yan Yu pula berbeza. Gerak-gerinya seperti sebuah persembahan, hebat dan mengagumkan. Pergerakannya membuatkan semua orang terkejut melihatnya.
Apabila masa berlalu, jumlah ladu yang mereka telah balut semakin bertambah.
Yan Yu mengangkat kepalanya dari masa ke semasa. Tangannya langsung tidak berhenti bergerak dan dia merenung ke arah Bu Fang sambil tersenyum sinis.
Selepas memutarkan pergelangan tangannya, seketul ladu dengan dua belas lipatan mendarat di atas telapak tangannya.