Kapal Alam Kubur perlahan-lahan meluncur di udara. Sebaik sahaja kapal hitam-legam itu muncul dari retakan, perhatian semua orang tertarik tatkala pandangan mereka jatuh ke atas kapal tersebut.
Sudah tentu Bu Fang nampak akan Kapal Alam Kubur itu. Dia bukan sahaja perasan akan Kapal Alam Kubur itu. Sebaliknya, dia kelihatan seolah-olah telah menjangkakan kemunculan kapal itu sejak dahulu lagi.
Si Bunga baru sahaja ingin membuat satu pergerakan ketika Bu Fang menepuk kepalanya. Sebaik sahaja tangan Bu Fang mendarat ke atas kepalanya, semua tenaga yang dia telah kumpul lesap. Si Bunga seakan kaku dan satu pandangan sangsi muncul pada muka kecilnya sambil dia melihat Bu Fang. Pandangan itu menunjukkan seolah-olah dia tidak memahami langsung apa yang difikirkan manusia di hadapannya itu.
Mata orang ramai mengecut dengan rasa terkejut tatkala melihat keretakan di langit.