Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 722 - Bu Fang Pergi ke Lembah Pelahap untuk Kali Kedua

Chapter 722 - Bu Fang Pergi ke Lembah Pelahap untuk Kali Kedua

Ketua Keenam agak bingung.

Kata-kata Chu Changsheng mengejutkannya. Mengapa budak itu mahu menyertai Cabaran Cef dan berlawan dengan 10 Cef Terbaik di Batu Bersurat Pelahap?

Otak budak itu mesti tidak betul ataupun kepalanya dihentam dengan kuat oleh pintu.

Dia memang boleh berlawan dengan seorang cef, tetapi sepuluh orang cef… Adakah dia begitu benci dengan 10 Cef Terbaik di Batu Bersurat Pelahap?

Lembah Pelahap ialah Tanah Suci bagi semua cef di Benua Naga Tersembunyi. Semua cef terbaik di benua ini menetap di sana dan Tiga Cef Terbaik mereka merupakan cef-cef yang bergred istimewa.

Sangat sukar bagi seseorang untuk mencabar salah satu kewujudan yang hebat seperti itu, apatah lagi mencabar kesemuanya.

Tambahan pula, Cabaran Cef ini kejam… Apabila seseorang itu kalah dalam Cabaran Cef ini, mereka tidak akan diberikan jalan keluar.

Dari mana datangnya keyakinan budak itu untuk mencabar semua cef menyertai Cabaran Cef ini?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS