Chereads / Pakar Makanan Dunia Lain / Chapter 721 - Ajar Budak Lelaki itu Sedikit Adab

Chapter 721 - Ajar Budak Lelaki itu Sedikit Adab

Bu Fang mengangkat kepala dan dagunya yang membuatkan dia kelihatan sombong sambil memerhatikan Chu Changsheng.

Suara Bu Fang bergema dan berkuasa serta begitu kuat dan jelas untuk membuatkan mata Chu Changsheng mengecil.

Dari kejauhan, Luo Danqing juga terdengar kata-kata Bu Fang. Dia berpura-pura batuk dan terlopong.

Dia betul-betul ketakutan. Apa yang Bu Fang katakan? Dia mahu cabar 10 Cef Terbaik di Batu Bersurat Pelahap seorang diri? Angan Mat Jenin! Jika Bu Fang dapat kalahkan salah seorang dari mereka, itu hanya nasib baik. Jika dia mahu kalahkan sepuluh cef terbaik, mustahil perkara itu akan berlaku.

Bu Fang mahu berurusan sendiri dengan semua cef yang mendapat harta pusaka Lembah Pelahap – Cef Tanah Suci!

Berani! Mementingkan diri!

Walaupun Luo Danqing baru sahaja makan huf Taotie panggang Bu Fang dan berjaya tiba di Alam Agung, dia masih fikir Bu Fang tiada harapan langsung.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS